Perkhidmatan

Waktu  Perkhidmatan : 

Isnin – Khamis    :   8.00 pagi  –  5 petang

Jumaat                 :   8.30 pagi – 5 petang   (Tutup : 1.05 ptg – 2.45ptg)

Sabtu, Ahad  dan Cuti Umum Tutup

Selain daripada menyediakan kemudahan pinjaman buku, alat pandang dengar, alat bantu mengajar,perkhidmatan lain yang disediakan lebih menjurus kepada  pengajaran dan pembelajaran khusus untuk warga sekolah.

1.    Perkhidmatan akses internet

2.    Perkhidmatan komputer  dan cetakan

3.    Perkhidmatan menjilid buku

4.    Perkhidmatan laminating

5.    Perkhidmatan peminjaman bahan dan alat bantu mengajar seperti CD,atlas, buku skrap, pemain cakera padat,radio kaset dan lain-lain.

6.   Penjualan buku Nilam dan Rakan Pembaca

7.    Perkhidmatan pinjaman buku rujukan PMR dan SPM

8.    Permainan dalaman dan uji minda

9.    Koleksi majalah sekolah

10.    Koleksi Fail Tegak

11. Perkhidmatan Membalut Buku

12. Koleksi Buku Skrap

13. Koleksi Majalah Sekolah-sekolah Lain.

BAHAGIAN  PINJAMAN

Koleksi buku yang terdapat di Pusat Sumber merangkumi pelbagai bidang ilmu pendidikan seperti sains , teknolgi dan lain-lain. Pengawas PSS boleh meminjam 6 buah buku manakala pelajar-pelajar lain 3 buah pada satu-satu masa. Tempoh pinjaman Red Spot 3 hari, lain-lain buku 2 minggu. Yellow dan Orange Spot hanya untuk rujukan sahaja.

BAHAGIAN RUJUKAN

Koleksi rujukan terdiri daripada buku-buku kamus,ensiklopedia,tafsir Al-Quran, jurnal, buletin, keratan akhbar, risalah, majalah terkini dan buku panduan. Bahan-bahan rujukan ini tidak boleh dipinjam.

SUDUT INTERNET

Kemudahan internet disediakan dengan kadar bayaran RM1.00 -1.50 sejam. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan internet semasa waktu p&p kecuali dengan kebenaran guru untuk tujuan p&p sahaja. Penggunaan laman sosial dilarang sama sekali. Hanya 2 orang dibenarkan menggunakan 1 pc pada satu-satu masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: