March 19, 2009

www.pssconventipoh.blogspot.com

PENCAPAIAN KOKURIKULUM SMK CONVENT IPOH 2011

booksmall Laman ini  dibangunkan bertujuan untuk memberikan informasi tentang aktiviti dan program Pusat Sumber Sekolah.  Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat pusat sumber sekolah ingin membudayakan penggunaan ICT di kalangan warga sekolah.

 Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.PSS berharap dapat membangun dan menambahbaik apa yang sedia ada baik dari segi kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Pusat Sumber Sekolah juga mempunyai pautan untuk mewujudkan hubungjalin melalui rangkaian internet dengan pusat-pusat sumber  sekolah lain bagi membolehkan semua warga memperoleh capaian ilmu tanpa sempadan.

Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi buku sebanyak 16,ooo naskhah dan di jangka bertambah pada tahun ini.

PSS digerakkan oleh organisasi yang terdiri daripada AJK Induk PSS, AJK Kerja PSS dan Pengawas PSS . Setiap unit mempunyai peranan yang amat penting bagi memastikan PSS dapat beroperasi dengan sempurna dan lancar.

Pusat Sumber Sekolah merangkumi 7  rangkaian iaitu Sudut Bacaan, Laluan Ilmu, Taman Sumber, Ruang Ilmu Kantin, Sudut Internet, Bilik Media dan Program Nilam.

Pusat Sumber Sekolah juga mempunyai pelbagai sudut iaitu Sudut Akhbar dan Majalah, Sudut Sejarah Sekolah, Sudut Bekas Ketua Pengawas Pusat Sumber, Sudut Angkasa Lepas, Sudut Buku Baru, Sudut Buku Skrap, Sudut Majalah Sekolah, Sudut Rujukan PMR dan SPM dan Sudut Rujukan Guru.

VISI

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

MISI

Menjadikan Pusat Sekolah Pusat Penyebaran Ilmu dan Maklumat

MOTO

Pusat Sumber Sekolah Ke Arah Kecemerlagan Budaya Ilmu

 

 

Anda adalah pelawat ke   

hit counter
free web hit counter

Feedjit Live Blog Stats


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.